Uncategorized

Peguam Negara gugurkan pertuduhan terhadap 12 didakwa penyokong LTTE

Jabatan Peguam Negara mengugurkan tindakan undang-undang terhadap 12 lelaki rakyat Malaysia yang  di tuduh menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, keputusan memberhentikan prosiding itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Tommy menggunakan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan beliau sebagai Peguam Negara untuk menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang.

Menurut beliau dalam kenyataan media sepanjang 11 mukasurat, setiap seorang daripada mereka mempunyai di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook mereka gambar Velupillai Prabhakaran dan pemimpin-pemimpin lain LTTE yang terbunuh semasa Perang Saudara di Sri Lanka.

“Sekiranya perbuatan sedemikian boleh terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati.

“Namun walaupun berkemungkinan terdapat elemen-elemen ‘perbuatan pengganas’ di pihak kesemua atau mana-mana antara 12 tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau memaparkan gambar-gambar tersebut atau Prabhakaran, ia adalah mustahil bagi pendakwaan untuk membuktikan bahawa mereka tidak termasuk dalam kategori pengecualian Seksyen 130B(4) Kanun Keseksaan yang mana ia sekadar terjumlah ‘sokongan, bantahan atau pertentangan pendapat’,” katanya.

BACA: Kenyataan peguam negara mengejutkan dan berbahaya

Sebelum ini nasib 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang didakwa atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sama ada dibenarkan ikat jamin atau sebaliknya hanya akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua ADUN itu itu termasuk G Saminathan (ADUN Gadek) dan P Gunasekaran (ADUN Seremban Jaya) manakala 10 lelaki lain ialah V Balamurugan, S Teeran, A Kalaimughilan, S Chandru, S Arivainthan, S Thanagaraj, M Pumugan, Sundram Renggan@Rengasamy, V Suresh Kumar dan B Subramaniam.

Kesemua mereka ditangkap dan ditahan sejak Oktober tahun lepas.-SM

(Visited 709 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button