NegeriPolitik

Ismail TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri – pelantikan sangat baik

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) selaku komponen dalam Barisan Nasional (BN) menyokong penuh pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Sambil menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu langkah yang sangat baik dalam memperkukuhkan pentadbiran Kerajaan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pelantikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini adalah kerana yakin akan kemampuan kedua-dua pemimpin ini berdasarkan pengalaman serta pencapaian tertinggi yang telah ditunjukkan dalam pentadbiran Kerajaan.

“Pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat menghadapi waktu yang sukar ini.

“Negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk menghadapi cabaran yang sedang dialami khususnya mengenai krisis kesihatan,” katanya dalam hantaran di facebooknya.

Tambah beliau, inilah masanya untuk kita memulihkan ekonomi negara dan bukan masa untuk berpolitik. “Justeru semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama dalam menangani pandemik ini demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau. – SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button