Politik

Ismail Sabri harapan bantu rakyat susah

Kestabilan politik faktor tarikan nak menang PRU15

UNTUK menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang belum ditentukan lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bilakah ia akan diadakan, faktor tarikan kemenangan yang perlu ada ialah kestabilan politik.

Itulah yang dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Seri Alwi Che Ahmad dan disokong oleh banyak pihak yang mahu melihat politik negara kembali stabil.

Kestabilan politik itu nanti akan membuka banyak pintu termasuklah menarik semula para pelabur untuk melabur selain daripada mengorak langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah keselamatan makanan atau food security dalam negara.

Kata Alwi, “kita perlukan barisan kepimpinan negara yang rakyat suka dan boleh terima.”

Justeru selain daripada faktor menarik, kita perlukan Ismail Sabri!

Mengapa? Kerana beliau ialah pemimpin bukan dari golongan anak orang kaya.

Beliau bukan anak bangsawan, bukan anak menteri, bukan anak siapa-siapa sebaliknya Ismail Sabri ialah anak orang biasa macam kita.

Macam Presiden Indonesia, Jokowi. Dia anak orang kampung, anak tukang kayu.

Ismail Sabri anak petani, sekolah dulu biasa-biasa sehingga ke menara gading.

Ismail Sabri faham isu rakyat, faham kesusahan yang rakyat alami dan juga faham keperluan rakyat.

Oleh kerana itulah, Kerajaan pimpinan Ismail Sabri ini berterusan membantu rakyat.

Semua ketar lutut dan pening memikirkan inflasi dan kegawatan ekonomi yang bakal menjelma. Semua pihak menghitung hari dan membilang jari.

Pemimpin politik jangan hanya fikirkan soal kestabilan politik semata-mata dan terus menjerumuskan diri dalam perebutan kuasa.

Fikir-fikirkanlah juga, rakyat nak makan apa?

Fikir-fikirlah perut rakyat. Rakyat mahu kerja apa? Rakyat mahu cari duit di mana untuk anak sekolah, untuk isteri di rumah, untuk datuk dan nenek di kampung. – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button