Politik

Dr. Mahathir tidak serah jawatan PM sebelum Nov 2020

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka tidak akan menyerah jawatan Perdana Menteri sehingga November 2020.

Jangkaan itu dibuat berikutan Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan dianjurkan Malaysia pada November 2020.

Sumber Pakatan Harapan memberitahu Sinchew Daily, walaupun tidak dinyatakan secara hitam putih bila penyerahan jawatan tetapi ia dijangka tidak akan mengambil tempat sebelum APEC.

Jelas sumber tersebut walaupun ada pihak yang berpendapat Dr. Mahathir harus menyerah jawatan selepas dua tahun namun ada pemimpin PH mempunyai pandangan.

Sumber daripada PH berkata, adalah penting dan sesuatu yang bermaruah untuk Dr. Mahathir menghadiri persidangan antarabangsa itu yang juga akan dihadiri pemimpin dunia seperti Presiden Xi Jinping dari China.

“Ada yang berpendapat Dr. Mahathir harus menjadi pemimpin pilihan rakyat pertama di dunia yang mempengerusikan mesyuarat APEC sebanyak dua kali.

“Keadaan ini akan membolehkan beliau menyerahkan jawatan dalam keadaan yang baik,” katanya.

Selain itu, ada juga yang berpendapat Dr. Mahathir hanya akan menyerah jawatan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipenjarakan. – SM.

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button