Nasionalpilihan

Ibu rayu bantuan anak sindrom down

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Demikian nasib sebuah keluarga yang bukan sahaja kehilangan rumah dan kereta yang disita dan dilelong pihak bank.

Namun lebih malang nasib enam sekeluarga itu apabila anak bongsunya berusia tiga tahun sindrom down pula terpaksa pula menjalani pembedahan akibat masalah telinga di Hospital Melaka tidak lama lagi.

Ibu kanak-kanak itu Nur Umi Adilah Adlan, 30, berkata, Muhd. Khalis Amsyar Ikhwan anak bongsu daripada empat beradik hidup penuh derita kerana sejak berusia tiga bulan mengalami usus bengkak.

Menurutnya, anaknya itu kini menderita sakit telinga hingga memaksa doktor yang merawatnya mencadangkan satu pembedahan perlu dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Keadaan hidup kami enam beranak dalam kekalutan tambah pula menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Tambah pula suami saya diisytihar muflis apabila tidak mampu membayar pinjaman Majlis Amanah Rakyat berjumlah RM200,000 hingga kami kehilangan rumah di Tanah Merah Krubong dan kereta yang terpaksa dilelong.

“Pinjaman ini dibuat oleh bapa mertua saya atas nama suami apabila perniagaan gagal segala hutang dipikul dan perlu dijelaskan oleh suami,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, semalam.

Nur Umi Adilah berkata, kehidupan mereka terus terumbang ambing hingga memaksa mereka menyewa sebuah rumah kecil dengan sebuah bilik di Kampung Belimbing Dalam.

Katanya, ditambah keadaan anak bongsunya menderita sakit telinga menyebabkan keadaan kehidupan mereka terus terhimpit apa lagi tiga lagi anak yang masih bersekolah di tahun satu, tiga dan lima.

Jelasnya, gaji suaminya yang bekerja di sebuah kilang di Krubong pula disekat oleh pihak bank kerana berstatus muflis lebih mencengkam kehidupan mereka.

“Anak bongsu saya memerlukan pampers, susu dan nestum. Gaji suami pula disekat pihak bank hingga hilang punca pendapatan kami sekeluarga,” ujarnya.

Katanya, dia ada membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anak bongsunya namun ditolak agensi tersebut sebanyak dua kali.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 0499541100091793 atau menghubungi Nur Umi Adilah di nombor 01111859387 untuk pertanyaan lanjut. – SM

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button