Nasional

Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat cari waris pesakit yang meninggal dunia

Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat (HSNI) ingin mencari waris kepada pesakit yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

Pesakit tanpa identiti dipercayai berketurunan Melayu yang telah meninggal dunia di HSNI dan sehingga kini mayat masih belum dituntut oleh waris dan masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Keluarga atau waris terdekat kepada seorang lelaki dewasa yang tidak mempunyai identiti yang telah meninggal dunia pada 16/11/2023 di Wad 6A Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, diminta tampil untuk menuntut mayat tersebut.

Sehubungan itu, pihak hospital meminta keluarga atau waris terdekat supaya menghubungi Unit Perubatan Forensik ditalian 07-4363076 bagi proses pengurusan tuntutan mayat berkenaan.

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button