fbpx
Nasional

Ujian Covid-19 Asyraf Wajdi negatif

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan keputusan ujian saringan Koronvairus (Covid-19) beliau adalah negatif.

Keputusan beliau negatif selepas menjalani tiga peringkat ujian saringan iaitu Antigen Rapid Test, PCR Test dan Rapid Test Kit Antibody.

Beliau memaklumkan dua saringan pertama dilakukan di hospital swasta dan ketiga pula di buat di Klinik Kesihatan Kelana Jaya.

“Alhamdulillah, keputusan saringan kali ketiga juga negatif. Ini membolehkan mendapat pelepasan daripada terus dikuarantinkan.

“Secara ringkas saya telah jalani tiga saringan. Dua ujian saringan terawal dibuat di Hospital Swasta dengan bayaran yang boleh dianggap mahal juga.


“Manakala, ujian ketiga di Klinik Kesihatan Kerajaan secara percuma, sebagaimana berikut:

1. Covid-19 Antigen Rapid Test
– spesimen diambil daripada hidung
– keputusan diperolehi dalam tempoh 1-2 jam
– ketepatan keputusan menurut doktor adalah 80%
2. Covid-19 PCR Test
– spesimen diambil daripada hidung dan mulut
– keputusan diperolehi paling awal dalam tempoh 24 jam.
– ketepatan keputusan menurut doktor 99.9%
3. Covid-19 Rapid Test Kit Antibodi
– kali ini ujian darah pula dibuat.
– keputusan diperolehi dalam tempoh 20 minit.
– ketepatan keputusan menurut doktor sama seperti ujian Rapid yang awal.”
Demikian penjelasan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau terdahulu dilihat hadir ke Klinik Kesihatan di Kelana Jaya di Petaling Jaya, Selangor bagi menjalani ujian saringan Covid-19.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menolak untuk menjalani ujian saringan lagi sekali sekiranya mengalami simptom seperti demam, batuk, selsema atau sakit tekak.
Beliau juga dinasihatkan doktor untuk memantau diri sendiri kerana virus pandemik itu kemungkinan hadir dalam badan tanpa dapat dikesan pada peringkat awal.
“Dalam tempoh 14 hari, jika ada sebarang simptom seperti demam, batuk, selsema atau sakit tekak, mesti segera buat ujian kali kedua.
“Apa-apapun terus patuhi SOP seperti pemakaian mask penutup muka, elakkan bersalaman mahupun bersentuhan ala penumbuk dan sentiasa basuh tangan atau membawa sanitiser ke mana-mana.
“Moga kita semua dipelihara Allah dan dijauhkanNya daripada wabak penyakit virus Covid-19 ini,” ujarnya.
Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kesemua individu yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu menjalani ujian saringan Covid-19.
Ini kerana, penularan pandemik di negeri itu meningkat sejak beberapa minggu lalu. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button