Sukan

INKA Creative miliki 10% Kerteh FC.

Syarikat agensi kreatif, INKA Creative Sdn Bhd membuat pelaburan di dalam sebuah kelab bola sepak komuniti, Kerteh FC melalui pembelian saham KAL Services Sdn Bhd sebanyak 10%. Pembelian saham itu adalah sebahagian daripada perjanjian untuk membantu Kerteh FC dalam strategi, pemasaran dan penjenamaan kelab.

 

Sebahagian daripada inisiatif baru bersama INKA Creative adalah untuk membentuk imej baru Kerteh FC sejajar dengan perkembangan industri bola sepak negara dan antarabangsa. Ini akan membuka ruang kepada Kerteh FC untuk menginovasi pengurusan pasukan bola sepak ke tahap yang lebih tinggi serta menjadi peneraju revolusi penjenamaan dan imej kelab bola sepak komuniti di Malaysia.

“Dalam era teknologi digital pasca COVID-19 ini, kita akan melihat bagaimana teknologi digital memainkan peranan yang penting dalam memberi penambahbaikan bagi perniagaan, peningkatan pengalaman pengguna dan kepintaran proses untuk menghasilkan perniagaan lebih menguntungkan. Kelab amat memandang serius akan kepentingan ini.

“Kelab juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada INKA Creative, yang menaruh kepercayaan kepada kami dalam pemilikan sebahagian daripada saham kelab.” kata Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim.

INKA turut berperanan memberi latihan dan mengurus kakitangan Kerteh FC bagi menghasilkan kerja-kerja rekabentuk kreatif digital kelab di laman sesawang, media sosial dan aset-aset di bawah seliaan kelab.

“Kami percaya dengan kebolehan dan potensi Kerteh FC sebagai kelab bola sepak komuniti yang mampu mengubah pandangan dan persepsi peminat bola sepak terhadap kelab-kelab tempatan.

“Bersama INKA Creative, Kerteh FC akan membangun seiring dengan visi dan wajah baru. Adakah anda sudah bersedia untuk era baru bola sepak negara?.” Kata Pengarah  INKA Creative, Al-Amin Abd Moin.

Untuk rekod, INKA Creative telah banyak terlibat dalam pembinaan jenama pelbagai syarikat. Mereka pernah menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa dalam aspek penjenamaan dan pemasaran secara komprehensif.

Mengenai INKA Creative Sdn Bhd:
INKA Creative adalah agensi kreatif tempatan yang mempunyai kepakaran dalam membangun dan menaiktaraf kualiti aktiviti penjenamaan di Malaysia. Sejajar dengan aspirasi syarikat induknya, InspireNow Sdn Bhd, mereka mempunyai pengalaman luas dalam dunia kreatif termasuk bekerja bersama pelanggan-pelanggan seperti Golden Screen Cinemas, Southkey Properties, CDC Malaysia, Yayasan Sime Darby dan British American Tobacco Malaysia.

Maklumat lanjut lawat www.inka.my

Mengenai Kerteh FC:
Kerteh FC adalah kelab bola sepak komuniti yang beraksi dalam M4 Liga Malaysia. Ditubuhkan pada 2018, Kerteh FC telah memenangi gelaran berganda Liga Amatur Terengganu (TAL) dalam penampilan sulung pada 2019. Dimiliki dan diuruskan oleh KAL Services Sdn Bhd, kelab yang diberi gelaran “The Oiler” ini berpusat di Kerteh, Kemaman, Terengganu.

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button