Bola SepakSukan

Harimau Malaya ikat gergasi Korea Selatan 3-3

HARIMAU Malaya berjaya mengikat pasukan gergasi Korea Selatan dengan jaringan 3-3 dalam perlawanan terakhir kumpulan E, Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Qatar sebentar tadi.

Perlawanan yang mendebarkan itu menyaksikan Harimau Malaya tidak mahu mengaku kalah dan telah memberikan jalan sukar untuk skuad bimbingan Jurgen Klinsmann sehingga wisel penamat.

Perlawanan menarik tersebut bagaimanapun menyaksikan Malaysia bertahan dari minit awal permainan sehinggakan Jeong Woo-yeong berjaya meletakkan Korea Selatan 1-0 di hadapan menerusi tandukan pada minit ke-21.

Memasuki babak kedua perlawanan, Malaysia bermula baik memberikan asakan dan hasilnya Faisal Halim menyamakan kedudukan dengan menjaringkan gol cantik pada minit ke-51.

Selepas itu, Arif Aiman terus memberikan harapan besar kepada seluruh rakyat Malaysia dengan jaringan menerusi sepakan penalti menjadikan kedudukan 2-1 buat Malaysia.

Namun, Lee Kang-in memusnahkan harapan tersebut dengan satu lencongan menarik menerusi sepakan bebas di hadapan pintu gol Malaysia untuk menewaskan Syihan Hazmi menjadikan kedudukan 2-2.

Son Heung-min menambah derita Harimau Malaya dengan satu lagi jaringan menerusi sepakan penalti untuk kedudukan 3-2.

Namun, tatkala perlawanan hampir pasti berkesudahan dengan kemenangan buat Korea, penyerang gantian Romel Morales kembali memberikan kegembiraan kepada penyokong Malaysia apabila berjaya menyudahkan hantaran Paulo Josue untuk menamatkan perlawanan dengan jaringan 3-3. – SM

Artikel berkaitan > Kerteh FC kelab bola pertama tubuh koperasi

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button