Rencah Hidup

Harga tudung bermula serendah RM10,000, inilah butik tudung bawal paling mahal dalam negara

TUDUNG paling murah dijual dengan harga RM20,000 dan pelanggan yang ingin membeli perlu membayar 50 peratus wang deposit sebelum boleh memiliki tudung yang diingini.

Itulah harga yang perlu dibayar untuk memiliki sehelai tudung Bawal Exclusive bertatahkan kristal Swarovski yang dibuat dan direka khas mengikut kehendak pelanggan.

Malah, hendak pergi ke Crystal World Bawal Exclusive yang terletak di Puchong, Selangor itu bukanlah boleh sesuka hati kerana pembeli perlu membuat temu janji awal sebelum dibenarkan masuk.

Semua itu perlu dilakukan kerana butik tersebut bukanlah sekadar premis biasa. Sebaliknya dipenuhi dengan 100,000 butir kristal Swarovski yang memberi pengalaman istimewa kepada pelanggan.

Pengasas dan pemilik Bawak Exlusive, Haliza Masyuri berkata, kos untuk menyiapkan butik tersebut menelan belanja sebanyak RM2.5 juta.


“Kita turut mempamerkan tudung bernilai RM10,000 hingga RM RM113,000 selaras dengan aspirasi Bawal Exclusive yang mahu mewujudkan butik tudung paling mewah di dunia bertahtahkan kristal Swarovski,” katanya ketika ditemui pada sesi perasmian butik tersebut di Puchong, semalam.

Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Bercerita mengenai butik tersebut, Haliza berkata yang impian untuk memiliki butik tudung mewah sendiri bermula pada malam ulang tahun Swarovski yang ke-125 tahun apabila mereka telah dijemput ke majlis makan malam yang berprestij di Wattens, Austria.

Ujarnya, Bawal Exclusive telah berpeluang dijemput untuk berdiri sama tinggi dengan jenama-jenama luar dari seluruh dunia.

“Pancaran kristal Swarovksi yang bermula dengan satu butir telah menghasilkan pancaran laser yang menyerlahkan lagi setiap butiran kristal yang berada dalam dewan. Ia merupakan satu kenangan yang tidak boleh dibeli di mana-mana.

“Sejak itu saya menanam impian dan berjanji akan membawa kenangan itu bersama-sama ke Malaysia. Hari demi hari, impian tersebut bakal direalisasikan pada hari ini dengan perlancaran butik tudung mewah bertaraf antarabangsa yang diberi nama Crystal World Bawal Exclusive.

“Butik tudung mewah ini bukan hanya dibina semata-mata untuk dipamerkan pada umum, malah saya ingin membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa sebagai seorang wanita Muslim yang bermula dari bawah juga mampu untuk berjaya,” katanya.

Menurut Haliza, pencapaian ini juga membuktikan rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa sekaligus menjadi inspirasi kepada usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan.

“Saya ingin menunjukkan kepada Premium Reseller Bawal Exclusive bahawa mereka juga mampu untuk menjadi seperti ini,” katanya yang berhasrat menjadikan Crystal World Bawal Exclusive sebagai sebuah butik tudung yang paling mewah di dunia yang bertahtahkan kristal Swarovski. -SM

(Visited 570 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button