fbpx
Rencah Hidup

Hari terakhir, kecemerlangan Menteri Kesihatan menangi hati rakyat

KEADAAN politik negara masih belum lagi pasti. Namun umum tahu dengan peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, Kabinet tidak lagi berfungsi.

Namun ada menteri yang awal-awal lagi telah mengucapkan selamat tinggal. Ini termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Antara ramai-ramai menteri dan timbalan menteri, nama Dr. Dzulkefly dan wajahnya melintasi laman Facebook dengan kerap hari ini.  Ini kerana ramai warganet yang memuji kecemerlangan beliau mengalas tugas sebagai menteri kesihatan.

Menganggap hari ini hari terakhir beliau bertugas sebagai menteri, Dr. Dzulkefly menunaikan tanggungjawabnya memberitahu rakyat perkembangan terkini kes wabak maut Covid-19.

“Alhamdulillah hari ini dua lagi kes pesakit Covid-19 yang melibatkan dua orang warga China, iaitu kes ke-14 dan kes ke-19 yang dirawat di HKL telah disahkan sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj.


“Tiada kes baru dilaporkan dan jumlah kumulatif kes kekal 22. Bersama kita doakan lagi dua kes yang masih dirawat di Hospital dan berada dalam keadaan stabil juga kembali sembuh dan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua petugas KKM yang komited dalam menjalankan tugas. Saya sanjung tinggi budi tuan dan mendoakan segala yang terbaik untuk semua warga KKM di masa depan. Ini mungkin antara sharing terakhir saya sebagai YBMK. Terima kasih semua!” kata Dr. Dzulkefly di Facebook.

Warganet mengangkat beliau sebagai menteri terbaik dalam barisan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan yang berakhir hari ini.

Walau tidak sampai dua tahun memenang jawatan tersebut, Dr. Dzulkefly telah menampilkan  tugas dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang sehingga berbekas di hati rakyat.

“Terima kasih Dr.  dalam banyak-banyak menteri anda adalah yang paling berguna. Masih terlalu awal untuk ucap selamat tinggal, Semoge diberi petunjuk untuk melangkah ke Pakatan Nasional serta dikekalkan jawatan. All the best buat Dr.,” kata Zenon Dean.

You’ve had performed your duty to the highest best of state. I personally hope that you’re remains as the health minister. What ever will come, I would like to say THANK YOU for your effort,” kata Siti Khadijah.

“Saya sebagai petugas kesihatan dan petugas saringan Covid-19 sangat berdukacita atas kehilangan YBMK yang sangat berkomited dan berkomitmen dalam tugas yang diamanahkan. Saya harap YBMK dapat dilamar oleh kerajaan baharu nanti dan dapat meneruskan tugas sebagai YBMK,” komen Arshad Abdul Salam.

“Antara keseluruhan Menteri PH, YB la yang saya paling hormati. Kerana jarang sangat bercerita tentang politik. Gigih bekerja dengan KKM. Kita mungkin berbeza fahaman politik. Namun profesional dalam kerja tetap saya pandang tinggi. Semoga YB akan terus sukses di masa depan,” kata Azrun Sani.

Salute Dr, walaupun saya penyokong Pas tapi Dr. buat kerja dengan tersusun,tak buat banyak statement bodoh dan tak mintak pun perhatian,” puji Said Ramadan.

“Terima kasih Dr. Zul yang menjadikan kedai makan betul-betul kedai makan dan bukannya asap kilang sawit,” tulis Ahmad Lofti Mat Sarif.

One of the best Health Minister, who made the impossible, as possible. Larangan Merokok,” komen Muligan Paramesvaran Iyan Periasamy-SM

 

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button