Rencah Hidup

Kakitangan BERNAS kumpul pakaian terpakai untuk golongan susah

PROGRAM Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) Santuni Golongan Pesawah Perlis di Masjid Al-Firdaus, Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis baru-baru ini agak menarik apabila disediakan satu sudut khas pemberian pakaian terpakai percuma untuk orang ramai.

Ketua Jabatan Operasi Kilang BERNAS, Mohamad Solhi Mohd Salleh berkata, ini merupakan kali kedua pada tahun ini kakitangan BERNAS mengumpul baju-baju terpakai untuk diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Pelbagai pakaian terpakai yang dikumpul oleh kakitangan BERNAS untuk diberikan percuma untuk yang tidak mampu.

Mohamad Solhi berkata, memandangkan sambutan menggalakkan maka pihaknya bercadang untuk meneruskan projek ini pada setiap tahun.

Beliau berkata, dengan pakaian terpakai secara percuma ini ia akan dapat mengurangkan perbelanjaan golongan tidak berkemampuan untuk membeli pakaian hari raya mahupun kegunaan pada hari biasa.

Saadiah Wahab dapat membawa balik baju raya untuk dirinya dan cucu.

SUARA MERDEKA juga mendapati, pakaian terpakai ini kebanyakannya untuk golongan wanita, kanak-kanak perempuan dan lelaki sahaja.

Terdapat baju kurung moden dan tradisional serta tudung khusus untuk dipilih oleh kaum wanita.

Disediakan juga pakaian untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan mengikut peringkat umur.

Ada juga baju sekolah untuk pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah.

Seorang warga emas yang ditemui, Saadiah Wahab, 83, berkata, dia telah mengambil sepasang baju kurung dan dua helai kemeja-t untuk cucunya.

“Alhamdulillah saya sudah ada baju untuk dipakai pada pagi raya tahun ini,” katanya.

Saadiah berkata, kemeja-t untuk cucunya itu akan diserah apabila mereka pulang berhari raya nanti. – SM

(Visited 614 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button