Politik

Hampir Semua Orang Bercakap Tentang Setianya Mereka Pada Parti – Annuar Musa

Bercakap tentang setia kepada parti adalah satu tajuk yang sentiasa menarik.

Malah hampir semua orang bercakap tentang setianya mereka pada parti.

Kadangkala bukti setia mereka adalah dengan menuduh pihak lain tidak setia.

Kesetiaan pada parti memang amat penting.Ia berbeza dgn setia kpd individu,yg kadangkala dianggap sebagai tanda setia pada parti.

Kesilapan individu, perlakuan individu yang menyalahi roh, matlamat dan semangat perjuangan parti tidak boleh menuntut kesetiaan kerana itu individu dan bukannya parti.


Begitu juga teguran kpd individu atau perlakuan tertentu,bukan satu perlakuan tidak setia pada parti.

Sering parti dijadikan perisai tindakan peribadi.

Parti tidak boleh diurus sebagai hak peribadi.

Membelakangi mandat parti,tidak menjunjung amanah parti, tindakan tidak patuh kpd keputusan parti, lain ditetapkan parti lain dibuat diluar pengetahuan parti,membohongi parti adalah antara tanda tidak setia kepada parti.

Cara yg berbeza beza dilakukan oleh ahli parti dalam menzahirkan kesetiaan kpd parti.Perbezaan ini,bila ujud, perlu diraikan.

Percubaan mempertikaikan kesetiaan para sahabat yg kita tahu siang malam sepanjang hayat berjuang demi parti bukan satu cara yg baik.

Ia satu tindakan menanam kebencian sesama ahli yg hanya akan melemahkan parti.

Pendek kata,kalau pun jasa tak mahu dikenang,setiakawan mahu disalah ertikan,usah soal setia mahu dibicarakan.

Usah menikam dalam senyuman.

Salam Ramadhan..Selamat Beribadat..Bersihkan hati..

Kredit: Tan Sri Annuar Musa

(Visited 88 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button