Ekonomi

Buttonscarves X Mira Filzah kini di Pavilion

Jenama fesyen sederhana terkemuka Indonesia Buttonscarves secara rasmi membuka kedai kelimanya di tengah-tengah ibu kota.

Kini secara rasminya jenama fesyen antarabangsa dari Indonesia Buttonscarves membuka butik di pusat membeli-belah yang popular di Pavilion, Kuala Lumpur.

Mira Filzah bersama pengarah ketua Eksekutif Buttonscarves, Linda Aggera

Dalam masa yang sama turut melancarkan koleksi yang berkerjasama dengan selebriti Malaysia iaitu Mira Filzah sekali gus menjadikan ia duta untuk koleksi diberi nama The Gardenia Series.

Kerjasama dengan jenama MIRA FILZAH adalah satu pencapaian yang luar biasa. Sebagai jenama yang membawa hasil tangan kreatif Mira Filzah, merupakan selebriti yang disayangi Malaysia dan juga sebagai permulaan persahabatan yang berpanjagan.

Menurut Ketua Eksekutif dan Pengarah Kreatif Buttonscarves, Linda Aggera, kerjasama ini turut menjalinkan persahabatan antara dua buah negara.

“Kehadiran kedai Buttonscarves kelima kami menandakan pencapaian jenama yang tidak berkesudahan. Selepas Industri fesyen di Indonesia malah kami berbangga untuk menyebarkan pengaruh kami kepada BSLadies Malaysia dengan kedai baharu ini di Pavilion Kuala Lumpur,” katanya.

Bagi diri Pelakon yang berusia 30 tahun itu dia amat bersyukur dalam menjalinkan kerjasama sekali gus menjadikan jenama MIRA FILZAH akan melonjak.

“Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Buttonscarves untuk MIRA FILZAH yang pertama kerjasama antarabangsa. Apabila saya mula-mula mencipta jenama itu, adalah impian saya untuk bekerja dengan Linda dan Alhamdulillah, ianya menjadi kenyataan dalam tempoh beberapa bulan selepas jenama MIRA FILZAH dilahirkan.

“Ia adalah sebuahpengalaman yang menyeronokkan melawat pejabat Buttonscarves di Jakarta untuk mereka bentuk, menghasilkan dan membawa konsep The Gardenia Series to life. InsyaAllah, semoga kerjasama ini menjadi permulaan yang panjang dan persahabatan yang indah dengan kedua-dua Linda dan Buttonscarves,” kata Mira Filzah, pengasas jenama MIRA FILZAH.

Koleksi Gardenia Series daripada inspirasi yang mekar dari taman bunga, memperingati kedatangan musim bunga yang selalunya sinonim dengan motif bunga.

Terdapat 12 warnavariasi dalam koleksi ini, tersedia secara eksklusif untuk kedai Buttonscarves di Malaysia dan dalam talian melalui.

www.buttonscarves.com.my serta www.mirafilzah.com.

Mira Filzah keluarkan produk jenama sendiri

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button