NasionalNegeriRencah Hidup

Musim harumanis bermula 24 Mac dengan jangkaan hasil 2,075 tan metrik

BUAH Ikon Perlis, mangga Harumanis yang akan mulai dituai pada 24 Mac depan dijangka akan mengeluarkan hasil sebanyak 2,075 tan metrik tahun ini.

Exco Pertanian Negeri, Razali Saad berkata, jumlah hasil ia meningkat berbanding tahun lepas hanya 1, 243 tan metrik.

Razali Saad (dua dari kiri) dibantu Mohd Anzara Azizan ketika membungkus harumanis di ladang milik Rawiyah Saad di Kampung Behor Janggus, Bintong, Kangar hari ini.

“Jangkaan itu adalah berdasarkan pokok yang ditanam pada kawasan seluas 1, 745.79 hektar di negeri ini telah mengeluarkan bunga sebanyak 70 peratus,” katanya pada sidang media selepas program Walkabout Sempena Kempen Peningkatan Kualiti Harumanis yang berakhir di ladang milik Rawiyah Saad di Kampung Behor Janggus, Bintong, Kangar hari ini.

Hadir sama Pengarah Pertanian Negeri, Hafizuddin Othman dah Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri, Mohd. Anzara Azizan.

Sebelum itu Razali melawat Projek Kelompok Harumanis Gial Timur di ladang milik Hamid Yahaya dan Projek Kelompok Harumanis Paya Gembol di ladang milik Shukri Shaari.

Razali berkata, hanya 30 peratus sahaja pokok yang sedang berpucuk.

“Jika ia berbunga, dijangka ia akan mengeluarkan hasil 10 peratus lagi,” katanya.

Beliau berkata, dengan cuaca terkini yang panas kering dengan suhu melebihi 37 Darjah Celcius sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pekembangan pokok, bunga dan putik buah.

“Jika pokok sudah berbunga, akan boleh menjejaskan kadar kelekatan putik kerana bunga akan jadi kering dan tidak dapat disenyawakan,” katanya.

Bagi pokok yang sedang berputik dan berbuah pula katanya, akan menyebabkan gugur kerana terlalu panas.

Sehubungan itu katanya, pengusaha harumanis digalakkan melakukan siraman air jika mendapati rumput mulai kering dan tanah merekah.

Sebagai persediaaan kemarau, katanya Jabatan Pertanian telah membina 28 telaga tiub (24 “surface tubewell” dan 4 “deep tubewell”. – SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button