Luar Negara

Tahanan Palestin mogok lapar selama 131 hari akhirnya dibebaskan

SELAMA 131 hari menjalani mogok lapar, seorang tahanan Palestin yang merupakan anggota Fatah dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di Israel pada Ahad lalu.

Menurut laporan WAFA, tahanan Palestin tersebut, Kayed Al-Fasfous melancarkan mogok lapar kerana membantah penahanannya yang dilakukan tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Bagaimanapun, pada 23 November lalu, Fasfous telah menamatkan mogok lapar selepas satu persetujuan dicapai bagi menamatkan tahanannya selepas ditahan pada Oktober tahun lalu.

Selepas mogok lapar tersebut berakhir, Fasfous telah dirawat di sebuah hospital di Israel dan dia dilaporkan telah hilang berat badan kira-kira 45 kilogram.

Penahanan penduduk Palestin tanpa sebarang dakwaan merupakan polisi rejim Zionis dan polisi tersebut perlu dilaksanakan bagi membolehkan ia mendapatkan maklumat-maklumat yang sensitif.

Kini, terdapat 4,600 tahanan Palestin di penjara Israel, kira-kira 500 daripadanya sedang menjalani perintah penahanan pentadbiran, tanpa pertuduhan atau perbicaraan.-SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button