Uncategorized

Hafidz Roshdin buat laporan polis dakwa isteri gugurkan kandungan selepas minta duit

AKTOR yang melayangkan penumbuk ke muka isterinya, Hafidz Roshdin mendakwa Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggugurkan kandungan secara haram pada usia kandungan 14 minggu.

Sebagai suami dan lelaki, takkanlah Hafidz tidak tahu membezakan antara istilah KEGUGURAN TANPA SENGAJA dan MENGGUGURKAN KANDUNGAN DENGAN SENGAJA!

Sandiwara atau lakonan Hafidz adalah seperti kenyataannya di bawah:

Hafidz Roshdin dan Nurul Syuhadah
Hafidz Roshdin dan Nurul Syuhadah

Aktor itu menyatakan kesedihannya di atas perbuatan isterinya itu yang mana sekaligus hilanglah anak ketiga pasangan ini.

Hafidz juga mendedahkan isterinya itu pernah meminta wang melalui kiriman pesanan atau mesej untuk menggugurkan kandungan tersebut dan dia mendakwa, mempunyai bukti mengenai perkara itu.

“Terus terang saya katakan, saya sangat sedih apabila pada 5 Mei lalu, saya menerima berita Shu (panggilan untuk isteri) keguguran anak ketiga kami,” katanya.

Sekarang ini, antara menggugurkan kandungan atau keguguran, yang mana satu betul?

“Semuanya dalam siasatan pihak polis sebab saya dah buat laporan polis mengenai keguguran itu. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya dapat tahu mengenai kehamilannya selepas dia mesej saya. Dalam kiriman WhatsApp, dia beritahu saya bahawa dia nak gugurkan kandungan. Jadi, saya buat laporan polis untuk perkara itu,” katanya.

Walau bagaimanapun, Nurul Shuhada menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dia telah mengalami pendarahan ketika sedang solat Subuh hingga menyebabkan dia kehilangan kandungan itu.

“Ya, saya mengalami keguguran ketika saya sedang menjalankan solat Subuh, pada sujud terakhir dan ketika tahiyat akhir, saya perasan saya pendarahan keluar.

“Saya teruskan juga solat dan selepas selesai solat, barulah saya sedar saya mengalami pendarahan yang agak teruk.

“Dan saya sekarang dalam proses berpantang. Saya terima semua ini dengan hati yang reda dan lapang dada sebab saya tahu ada anak yang menanti saya di syurga. Ya Allah, saya sudah ada anak di syurga,” Jelasnya.

Pada 13 April lalu, Nurul Shuhada berkongsi menerusi entri terbaharu dalam Instagram (IG), dirinya sedang hamil anak ketiga, jadi perlu kuat walaupun sedang berdepan pelbagai tekanan.

Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksankan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button