NasionalUncategorized

Pasangan ‘Instafamous’ kantoi, alasan rentas negeri untuk tujuan kerja rupanya palsu

PASANGAN ‘Instafamous’ yang menggunakan alasan kerja sebagai cara untuk merentas negeri telah didapati memberikan kenyataan palsu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, terdapat keraguan berdasarkan kenyataan yag diberikan pasangan tersebut pada 20 Mac lalu.

“Hasil siasatan mendapati pasangan ini memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri.

“Pasangan ini telah membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel lebih awal secara atas talian pada Disember tahun lalu untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara gambar yang dimuatnaik pasangan Instafamous di media sosial mereka hingga mendapat kecaman netizen.

Menurut Ashari, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ujarnya, jika sabit kesalahan, pasangan tersebut boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000.

Pasangan suami isteri itu sebelum ini tular di laman sosial kerana memuat naik gambar mereka berbulan madu di Johor dan mendapat kecaman netizen.

Kebanyakan netizen menyatakan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan bagaimana mereka boleh mendapat kebenaran untuk merentas negeri.

Namun, pasangan ini memberitahu polis yang mereka sebenarnya pergi ke Johor atas urusan kerja dan rupanya itu adalah satu kenyataan palsu.

Dalam pada itu, Ashari mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalah gunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan untuk tujuan perniagaan, kerja atau kecemasan.

“Semua individu seharusnya memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999), Hotline IPD Wangsa Maju (03-92899222) atau hadi ke mana-mana balai polis berhampiran. -SM

(Visited 489 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button