Uncategorized

Nippon Paint perkenal cat dinding luaran rumah berkuasa kuarza untuk atasi cuaca ekstrem

Bagi melindungi dinding luaran rumah daripada keadaan cuaca yang tidak menentu, Nippon Paint (M) Sdn. Bhd. (Nippon Paint) telah memperkenalkan Siri Weatherbond® yang diperbaharui merangkumi produk  eatherbond®, Weatherbond® Hi-Gloss, Weatherbond® Solareflect Extreme and Weatherbond® Ultimate.

Dirumus khas dengan Teknologi Kuarza yang inovatif, Siri Weatherbond® dapat melindungi dinding luaran rumah sehingga 15 tahun daripada cuaca ekstrem yang menyebabkan warna dinding pudar, berkapur dan rosak.

Produk keluaran termaju Siri Weatherbond® ini dapat mengekalkan kecantikan warna dinding luaran rumah serta memberikan daya ketahanan yang hebat.

Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan NPM Encik Yaw Seng Heng berkata, “Sebagai pengeluar cat terkemuka, kami memahami bahawa perubahan iklim telah menyebabkan kerosakan pada permukaan luar dinding seperti pengelupasan cat, perubahan warna, dan masalah kotoran dinding yang menjejaskan bangunan.

“Perkara ini menyebabkan kerisauan terhadap pemilik rumah  serta pengurus hartanah. Cabaran ini juga turut memberi kesan yang ketara terhadap estetik dan ketahanan sesebuah bangunan yang mana ia mempengaruhi nilai hartanah kerana kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Kami sedar bahawa melindungi rumah daripada cuaca yang melampau amat penting dan sekiranya dibiarkan, nilai hartanah dijangka menyusut pada masa akan datang. Kami faham bahawa penjagaan sesebuah rumah atau bangunan menelan kos yang tinggi, terutamanya ketika berhadapan dengan inflasi.

“Oleh itu, pemilik rumah harus mencari solusi yang menjimatkan agar mereka dapat mengekalkan kecantikan dan ketahanan permukaan cat dinding luar sehingga 15 tahun.

“Bagi pengurus hartanah, keistimewaan Siri Weatherbond® melebihi daripada ciri estetik. Sifat perlindungan canggih produk ini dapat meningkatkan jangka hayat bangunan, nilai hartanah, daya tarikan serta ketahanan keseluruhan bangunan tersebut. Kelebihan ini juga mendorong kadar penghuni yang lebih tinggi dan memberikan kepuasan kepada penyewa, menjadikannya pelaburan yang bijak bagi pengurus dan pemilik hartanah,” kata Yaw.

Selain itu, Siri Weatherbond® mempunyai kemampuan luar biasa termasuk Teknologi Sunblock yang penting dalam mengurangkan suhu permukaan.

Walaupun dalam keadaan cuaca panas yang melampau, suhu perbezaan dinding luaran rumah sejuk sehingga 5 ̊C serta mampu melindungi dinding anda dua kali ganda daripada sinaran UV.

Bukan itu sahaja, Teknologi Colour Care memastikan warna dinding yang berkekalan, Teknologi Microblock pula dapat menghalang daripada pertumbuhan kulat, alga dan kotoran melekat.

Siri Weatherbond® ini juga dilengkapi dengan Teknologi Keep Clean yang dapat menghalang kotoran, bahan alkali, dan pembentukan peroi, mengekalkan penampilan yang bersih dan terjaga. – SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button