Uncategorized

Didakwa tak pakai pelitup muka, polis panggil Tajuddin Rahman

POLIS mengesahkan sedang menyiasat Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asistan Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan dilakukan berdasarkan video yang tular pada semalam.

“Dalam video tersebut, Tajuddin dilihat tidak memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang akbar selepas selesai meninjau insiden kemalangan melibatkan tren di Stesen LRT KLCC.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Pertaturan 17(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohamad Zainal, kesemua yang terlibat dalam kes tersebut akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi dalam masa terdekat.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan kegagalan untuk patuh boleh dikenakan tindakan. -SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button