EkonomiTeknologi

Google Cloud dan Axiata umum kerjasama strategik

Dalam usaha untuk memajukan penggunaan digital di seluruh Asia

Google Cloud dan Axiata Enterprise, anak syarikat milik Axiata Group Bhd (Axiata) yang bertanggungjawab untuk urusan perniagaan-ke-perniagaan (business-to-business), telah mengumumkan kerjasama strategik untuk memenuhi keperluan ekonomi digital berjuta-juta syarikat yang sedang berkembang pesat di seluruh Asia.

Penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud) itu mengatakan bahawa perkongsian tersebut akan dilancarkan dalam dua fasa yang berbeza, di mana peringkat pertama akan melihat telekomunikasi digital Axiata menawarkan Google Workspace sebagai sebahagian daripada portfolio teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bersepadu dan kumpulan penyelesaian kepada perniagaan kecil dan sederhana.

Manakala fasa kedua perkongsian akan menyaksikan syarikat telekomunikasi digital Axiata terus memanfaatkan keupayaan, penyimpanan dan memperkaya penggunaan rangkaian Google Cloud untuk memodenkan infrastruktur dan mendorong inisiatif transformasi digital mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Enterprise, Dr Gopi Kurup berkata, Axiata dan Google Cloud mempunyai visi bersama untuk membantu proses pendigitalan perniagaan dan berkembang ketika mereka memerlukan daya tahan yang lebih besar untuk suatu jangka masa yang panjang.


“Dengan kebanyakkan negara-negara yang semakin maju dalam proses digitalisasi untuk pemulihan dan pertumbuhan ekonomi, kita kini berada di waktu yang paling kritikal dalam usaha menyokong perniagaan-perniagaan tersebut, terutama pemain kecil dan sederhana dalam usaha membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan norma digital baharu dalam meneruskan urusan perniagaan harian” katanya.

Sementara itu, pengarah urusan Google Cloud Asia Tenggara, Ruma Balasubramanian, mengatakan mereka gembira dapat bekerjasama dengan Axiata dalam proses untuk mempercepat transformasi digital berjuta-juta syarikat di rantau ini, dan membantu mereka menyelesaikan cabaran perniagaan dan teknologi mereka yang dianggap rumit buat masa ini. – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button