Ekonomi

Pelabur pilih kaunter sarung tangan

SEBELUM, saham minyak dan gas merupakan saham yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelabur berikutan permintaannya yang stabil.

Bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah mengubah semuanya.

Walaupun ekuiti global merosot, komoditi “pakai dan buang”; sarung tangan, yang hanya mendapat perhatian daripada pelabur institusi dan mereka yang bergantung kepada saham penjagaan kesihatan, mencatatkan lonjakan.

Hari ini, pengeluar sarung tangan Malaysia mendominasi perhatian pelabur global, mengubah landskap secara keseluruhannya.

Mengenai Indeks MSCI Asia Pasifik, yang meraih modal besar dan sederhana di lima negara pasaran maju dan sembilan negara pasaran sedang pesat membangun di rantau APEC; penggiat sarung tangan Malaysia terutamanya TopGlove dan Supermax menguasai ‘permainan’, meninggalkan syarikat gergasi teknologi AS, Tesla.

Menurut Bloomberg, prestasi Top Glove setakat tahun ini naik 389 peratus, tertinggi dalam Indeks MSCI Asia Pasifik, manakala syarikat gergasi sarung tangan tempatan lain, Supermax Corp melonjak lebih 1,000 peratus.

Ini walaupun Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mengenakan perintah sekatan ke atas import daripada dua anak syarikat Top Glove, Top Glove Sdn Bhd dan TG Medical Sdn Bhd, menempatkan kedua-dua syarikat tersebut dalam senarai Perintah Larangan Pelepasan (WRO).

Mengenai indeks utama Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI, hanya dua kaunter sarung tangan, TopGlove dan Hartalega mencatatkan kenaikan yang stabil walaupun aliran penurunan dicatatkan dalam saham lain, terutamanya berkaitan minyak dan gas berikutan bimbang mengenai gelombang kedua COVID-19 dan ketegangan perdagangan antara Beijing dan Washington.

Sehingga 10 pagi, minyak mentah Brent berada pada US$42.85 setong, susut 0.67 peratus daripada harga penutup sebelum ini.

Top Glove, naik RM1.14 kepada RM24.12 dengan 9.02 juta saham diniagakan, Supermax meningkat 98 sen kepada RM18.68 dengan 22.54 juta saham diniagakan, manakala Hartalega dan Kossan, masing-masing menambah 58 sen kepada RM17.68 dan RM14.08 dengan 3.84 juta saham dan 3.39 juta saham diniagakan.

Selain saham biasa, semua waran opsyen beli saham turut menyaksikan permintaan yang tinggi. – BERNAMA

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button