Nasional

Golongan Tak Layak Pinjam Bank Dinasihati Untuk Tidak Memilih Ah Long

POLIS menasihati orang ramai yang tidak berkelayakan meminjam daripada bank untuk mengelak daripada meminjam daripada Ah Long sebaliknya memilih syarikat pemberi wang berlesen.

Menurut laporan mStar, dalam satu sesi temubual bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarul Md Din berkata bahawa isu Ah Long banyak menyebabkan kerugian kepada negara lebih lapan juta dalam tempoh kurang dua tahun.

Tambahnya, perkara ini boleh dihentikan jika orang ramai berhenti meminjam daripada Ah Long dan sistem ini adalah tidak sistematik selain Ah Long mengenakan kadar faedah yang tinggi.

“Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 telah menetapkan kadar faedah yang dibenarkan bagi pinjaman dengan cagaran 12 peratus setahun manakala 18 peratus setahun bagi pinjaman tanpa cagaran.

“Bila pinjaman dibuat dengan Ah Long dibuat secara atas talian, peminjam tidak kenal pemberi pinjaman, dan apabila peminjam melaporkan pada polis jika sesuatu berlaku, ini menyukarkan kami untuk menyiasat serta mengumpulkan bukti-bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah.

“lebih senang jika ada hitam putih contohnya kalau peminjam meminjam dengan pinjaman berlesen kemudian tiba-tiba kadar faedah dinaikkan dan sekiranya dilaporkan kepada kami atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu kementerian yang boleh keluarkan lesen kepada syarikat pinjaman, pemberi pinjaman itu boleh dikenakan tindakan termasuklah pembatalan lesen mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Kamarudin turut menambah bahawa peminjam perlu sedar akan hak-hak mereka sebagai peminjam.

“Oleh sebab itulah kerajaan benarkan KPTK untuk wujudkan premis berlesen kerana mereka yang tidak ada kelayakan pinjaman di bank sebab gaji atau sebagainya boleh meminjam di situ dan kebanyakan peminjam yang sudah terbiasa meminjam dengan Ah Long ini adalah mereka yang tidak ada kelayakan untuk buat pinjaman dengan bank,” jelasnya.

Kamarudin turut berkongsi bahawa peminjam mempunyai hak untuk membuat semakan pada surat perjanjian terlebih dahulu dan tidak ada unsur pembayaran jika boleh ditolak daripada jumlah pinjaman.

Selain itu, hanya tiga jenis yuran sahaja dibenarkan, duti stem iaitu 0.05 peratus daripada wang pinjaman, wang proses dan yuran proses.

Kamarudin turut berkongsi bahawa mereka juga suka menipu menyuruh peminjam untuk membayar yuran guaman. – SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button