fbpx


Politik

Gerakan ‘underground’ tubuh parti politik baharu?

DESAS-DESUS mengenai gerakan ‘underground’ bagi menubuhkan parti politik baharu tidak dapat disembunyikan lagi apabila terdapat aktiviti mendekati generasi muda.

Gerakan tersebut dipercayai menggunakan platform organisasi bukan kerajaan (NGO) sebagai permulaan untuk mendapatkan keanggotaan dan sokongan.

Lebih menarik, mereka yang dijemput menyertai NGO tersebut ditawarkan dengan gaji bagi menggerakan pelbagai aktiviti bertujuan menarik lebih ramai orang menjadi ahli.

Gerakan tersebut dikatakan giat mencari ahli bagi meraih sokongan terutama dalam kalangan golongan muda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Ramai rakan-rakan memaklumkan mereka dijemput oleh wakil NGO berkenaan untuk menyetai mereka.


“Anak buah saya pun memberitahu mereka dijemput untuk menyertai NGO tersebut dengan tawaran gaji. Ramai diajak itu merupakan antara anak muda berpengaruh.”

Demikian kata satu sumber memberitahu Suara Merdeka mengenai suatu gerakan yang dijalankan oleh ahli politik tertentu.

Gerakan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan NGO, Penggerak Komuniti Negara (PKN).

Sumber turut memberitahu gerakan ini dikatakan mempunyai kaitan dengan bekas Timbalan dan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin.

Katanya lagi, gerakan tersebut dikesan sejak beberapa minggu lalu.

Ia lebih ketara apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan hasrat menyertai Muafakat Nasional (MN).

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan penyertaan Bersatu dalam MN lebih mudah bagi menghadapi PRU-15 yang dikatakan akan belaku pada bila-bila masa.

Ini kerana MN mempunyai piagam dan kekuatan di peringkat akar umbi berbanding Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, penyertaan Bersatu dalam MN nanti menimbulkan persoalan terhadap kedudukan menteri yang tidak berparti seperti Mohamed Azmin dan Zuaraida.

Justeru, perubahan landskap politik kerajaan itu menguatkan lagi dakwaan kewujudan gerakan ‘underground’ yang dikatakan dipelopori oleh kedua-dua bekas pemimpin PKR itu.

Dakwaan mengatakan wujud gerakan politik daripada PKN juga dikuatkan lagi dengan kewujudan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dalam NGO berkenaan.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button