Jenayah

Geng Pidot kantoi, 10 kes curi kabel Telekom Malaysia selesai

POLIS berjaya menumpaskan Geng Pidot yang aktif mencuri kabel milik Telekom Malaysia di Selama, Kerian dan Taiping sejak tahun lepas membabitkan kerugian RM150,0000 dengan tertangkapnya dua lelaki di Kedah baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Selama, DSP Mohd. Sabri Saad berkata, ketua kumpulan yang dikenali sebagai Pidot, 24, dan rakannya berumur 20-an, masing-masing ditahan di Sungai Kob serta Mahang, Kedah pada 26 Oktober lepas.

Susulan soal siasat, seorang lagi lelaki berumur 20-an yang menjadi pembeli besi buruk turut ditahan di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada hari yang sama.

Beliau berkata, polis merampas pelbagai barangan dengan nilai rampasan RM13,000 daripada ketiga-tiga mereka.

Antaranya tiga gulung kabel belum dibakar, lima guni plastik berisi kabel tembaga yang telah dibakar, serta sebuah kereta jenis Proton Wira yang dilaporkan hilang di Nibong Tebal, Pulau Pinang.


Menurutnya, dengan penangkapan itu polis berjaya menyelesaikan 10 kes kecurian kabel di Selama dalam tempoh tiga minggu ini.

“Polis sedang berusaha mengesan dua lagi anggota kumpulan itu yang masih bebas, dan kes disiasat mengikut Seksyen 431A dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
“Ketiga-tiga suspek diserah kepada IPD Kerian untuk tindakan lanjut berkait kes di daerah itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama hari ini,” katanya. – BERNAMA – SM

(Visited 72 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button