Nasional

Gabungan harta 20 terkaya di Malaysia berjumlah RM378 bilion

JUMLAH harta yang dimiliki oleh 50 orang terkaya di Malaysia jika digabungkan menjadi hampir AS$90 bilion (RM378 bilion) menurut majalah ekonomi terkemuka dunia, Forbes.

Jumlah tersebut meningkat 14 peratus setelah dua tahun menurun. Peningkatan tersebut disumbangkan oleh oleh kedudukan dominan Malaysia sebagai pembuat sarung tangan perubatan ke dunia.

Ketika dunia menghadapi pandemik, permintaan global untuk alat pelindung seperti itu meletup, eksport sarung tangan getah Malaysia meningkat dua kali lipat, meningkatkan kekayaan pemilik kilang berkaitan produk tersebut negara ini.

Lima daripadanya menjadi antara 50 terkaya, dengan dua, Lim Wee Chai dari Top Glove dan Kuan Kam Hon dari Hartalega Holdings, berada di kedudukan sepuluh teratas.

Tahun ini juga menyaksikan Lim Kuang Sia, yang mengendalikan Kossan Rubber Industries dengan adik-beradiknya, dan Stanley Thai yang bersama dan mengendalikan Supermax Corp. bersama isterinya Cheryl Tan kembali menjadi antara terkaya di Malaysia.

Walau bagaimanapun, tidak satu pun dari mereka yang cukup kaya mengatasi Robert Kuok yang kekal sebagai nombor 1 terkaya di Malaysia.

Beliau yang berusia 97 tahun mempunyai kekayaan $ 12.2 bilion.

Quek Leng Chan, generasi kedua kumpulan Hong Leong turut kekal di tempat ke-2 dengan kekayaan AS$9.6 bilion.

Koon Poh Keong, yang berkongsi kekayaan perniagaan logam dengan empat adik beradiknya menambah $AS3.4 bilion kekayaan sekaligus keluarga itu berada di ke tempat ketiga.

Berikut tempat ke-4 hingga ke-10:

#4 Ananda Krishnan – AS$7 bilion
#5Teh Hong Piow – AS$5.5 bilion
#6 Lee Yeow Chor & Yeow Seng – AS$4.9 biliom
#7 Kuan Kam Hon & keluarga – AS$3.8 bilon
#8 Lim Wee Chai – AS$3.5 bilion
#9 Chen Lip Keong – AS$3.4 bilion
#10 Tan Yu Yeh dan Yu Wei – AS$2.7 bilion -SM

 

 

(Visited 562 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button