Ekonomi

FWD Medical Plus Rider perlindungan perubatan berkualiti mampu milik

DALAM dunia hari ini, kos dan kerumitan perubatan sering meningkat, oleh itu mempunyai perlindungan yang  Mencukupi adalah amat penting.

FWD Takaful Berhad (FWD Takaful), berbesar hati mengumumkan pelancaran produk inovatif terbaharunya, FWD Medical Plus Rider, dicipta khusus untuk menangani cabaran ini dengan menawarkan perlindungan yang dipertingkatkan untuk keadaan perubatan tertentu, rawatan terkini, manfaat penjagaan lanjutan dan bantuan kesihatan mental pada harga mampu milik.

“Pelancaran ini menunjukkan komitmen yang berterusan daripada FWD Takaful untuk menyediakan perlindungan yang mampu milik dan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, FWD Takaful, Salim Majid Zain.

“Kami percaya bahawa setiap orang perlu mendapat akses kepada rawatan perubatan yang terbaik tanpa beban kewangan. FWD Medical Plus Rider menawarkan penyelesaian kos efektif yang memberi tumpuan kepada keadaan perubatan tertentu, termasuk kanser, serangan jantung dan strok, bagi memastikan pelanggan kami mendapat sokongan dan dorongan yang diperlukan dalam proses pemulihan,” katanya.

Perlindungan rider ini membolehkan kemasukan ke kebanyakan hospital dan pusat perubatan, supaya pelanggan dapat menerima rawatan yang mereka perlukan.

Berikutan pelancaran Program Sokongan FWD Mind Strength, FWD Medical Plus Rider menggabungkan dan menawarkan sokongan pengukuhan minda kepada pelanggan dan ahli keluarga mereka.

Manfaat-manfaat utama yang boleh dinikmati adalah:
• Manfaat Rawatan Perubatan Komprehensif: Melindungi kedua-dua kos pesakit dalam dan pesakit luar untuk keadaan perubatan tertentu, rawatan susulan dan keperluan pemulihan. Ini termasuk bilik dan penginapan harian, perbelanjaan unit rawatan rapi, kos pembedahan, pelbagai perbelanjaan hospital, penjagaan paliatif, manfaat tunai hospital harian dan lawatan doktor atau pakar.
• Manfaat Rawatan Terkini Ini termasuk ubat khusus serta ujian genomik dan ubat ketepatan untuk pesakit kanser, menyediakan rawatan dan penjagaan perubatan yang lebih tepat kepada pelanggan. Selain itu, pelanggan boleh menikmati had tahunan keseluruhan dua kali ganda untuk tahun sijil tertentu selepas manfaat ini dituntut.
• Manfaat Penjagaan Lanjutan: Untuk memastikan penjagaan kesihatan dan sokongan yang berterusan, rider ini menyediakan akses kepada rawatan terbaik dan membantu pelanggan dan ahli keluarga dalam proses pemulihan mereka. Sebagai contoh, pemeriksaan pencegahan untuk ahli keluarga sekiranya orang dilindungi disahkan menghidap kanser.
• Pilihan Rawatan Luar Negara: Menawarkan akses di seluruh dunia untuk memilih rawatan, pakar dan hospital di luar Malaysia. Pelanggan boleh memilih peringkat pelan yang berbeza berdasarkan perlindungan geografi. – SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button