NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda terima mengadap Timbalan Menteri Belia, Sukan, Sarawak

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menerima kunjungan mengadap oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Berangkat sama adalah anakanda-anakanda Baginda iaitu Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Baginda dipersembah maklumkan mengenai persiapan Sarawak yang akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) dari 17 hingga 24 Ogos akan datang.

Rentap turut memaklumkan kepada Baginda mengenai
Rainforest World Music Festival yang akan berlangsung di Kuching dari 28 hingga 30 Jun depan.

Ia akan melibatkan 68 pemuzik antarabangsa, 63 pemuzik tempatan, 15 buah negara dan 12 juta ‘Global Fanbase’.

Raja Muda dan Raja Puan Muda pula berkongsi maklumat mengenai kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang berlangsung.- SM

BACA Raja Perlis terima mengadap Perdana Menteri di Kangar

(Visited 27 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button