NasionalNegeri

Raja Perlis terima mengadap Perdana Menteri di Kangar

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menerima cendera kenangan dari Anwar semasa mengadap Baginda di Kangar, semalam.

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kangar, semalam.

Dalam kenyataan Istana Arau, berkenan berangkat ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menerima cendera kenangan dari Anwar semasa mengadap Baginda di Kangar, semalam.

Sesi mengadap yang berlangsung lebih satu jam itu membincangkan kesejahteraan hidup rakyat negeri Perlis dan pembangunan negeri ini khususnya yang memerlukan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.

Sempena lawatan ini, Anwar dan delegasinya turut menghadiri Sesi Taklimat Pembangunan Negeri di Kompleks Dewan Undangan (DUN) Negeri Perlis.

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada Anwar semasa mengadap Baginda di Kangar, semalam.

Beliau juga berkunjung ke Bazar Ramadan Persiaran Wawasan di Kangar dan berbuka puasa di Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Perlis di Masjid Nurul Huda, FELDA Chuping. – SM

BACA Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis berkenan terima mengadap KSU MOTAC

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button