Teknologi

FACES, inovasi pertama dunia kenal pasti pengguna melalui pengecaman wajah

AIRASIA melancarkan teknologi pengecaman wajah pertama di dunia dan menyediakan berjuta-juta pengguna aplikasi tersebut pengalaman perjalanan digital dan tanpa sentuh sepenuhnya dalam penerbangan AirAsia.

Malah, aplikasi tersebut dapat meningkatkan kemudahan, keselamatan dan kesejahteraan dalam semua keperluan perjalanan dan gaya hidup anda.

FACES mula dilancarkan untuk perjalanan udara serta akan menjadikan AirAsia Super App sebagai platform sehenti yang mengenal pasti pengguna melalui pengecaman wajah segera, memesan dan membayar dengan lancar untuk transaksi perjalanan dan gaya hidup menggunakan satu aplikasi.

FACES akan dilancarkan di semua lapangan terbang Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang dan keutamaan seterusnya ialah Thailand, Indonesia, Filipina dan semua pasaran utama yang lain.

Menurut laporan mStar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Bo Lingam berkata, teknologi pengecaman muka telah mengubah kehidupan seharian seperti telefon mudah alih.

“Walaupun syarikat lain mempunyai teknologi yang hampir sama, teknologi FACES sememangnya yang pertama di dunia kerana ia bukan sahaja dapat dimanfaatkan untuk perjalanan udara.

“Sebagai syarikat penerbangan pertama yang memperkenalkan teknologi pengecaman wajah untuk platform perjalanan dan gaya hidup digital, inovasi ini adalah usaha berterusan AirAsia yang bukan sahaja melancarkan pengalaman penerbangan dalam dunia baharu malah menawarkan lebih kemudahan bagi keperluan gaya hidup seharian para pengguna,” katanya.

Menurut Bo Lingam, Air Asia telah menggantikan kad akses kakitangan dengan teknologi FACES bagi mengakses kemudahan di seluruh syarikat AirAsia.

Tambahnya, FACES merupakan inovasi teknologi tanpa sentuhan baharu yang dibangunkan bersama-sama rakan teknologi AirAsia Vision-Box sebagai sebahagian daripada prosedur mitigasi COVID-19 yang ketat dan oersediaan penyambungan semula perjalanan domestic dan antarabangsa dalam masa terdekat.

“Para tetamu yang terbang bersama AirAsia kini boleh mendaftar masuk dalam talian di mana-mana, bila-bila masa dengan hanya menekan satu butang setelah mendaftar dengan FACES.

“Usaha ini juga untuk memulihkan keyakinan bagi perjalanan udara melalui teknologi dan langkah keselamatan yang dipertingkatkan. Pelbagai laporan juga telah menunjukkan bahawa para pengguna berasa lebih selamat apabila menggunakan proses tanpa sentuhan di lapangan terbang,” katanya. -SM

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button