Alam SekitarAuto TravelEkonomiTeknologi

Malaysia bersedia menawarkan insentif cukai lebih menarik untuk pembangunan EV – MARii

dalam meningkatkan ekosistem pembangunan industri berkaitan kenderaan berkuasa elektrik di negara ini

Malaysia bersedia menawarkan insentif cukai yang lebih baik untuk mempercepat pembangunan kenderaan elektrik (EV) di negara ini dalam polisi EV bakal diumumkan di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) Dato’ Madani Sahari berkata, kerajaan telah merangka satu dasar yang tepat untuk memacu pertumbuhan industri kenderaan elektrik dalam negara.

Dato’ Madani Sahari

“Pada masa ini, kami menerapkan insentif yang disesuaikan, bergantung pada keuntungan serta keperluan pemain industri. Di bawah dasar EV baharu yang dipercepatkan, ada sebahagian insentif tetap yanag akan dikawal selia oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, insentif tersebut akan merangkumi duti eksais, duti import dan cukai jualan yang bakal dinikmati oleh pengguna serta pemain industri EV negara.

“Tetapi jika ada syarikat atau organisasi yang memperkenalkan pada Malaysia satu teknologi berkaitan EV yang luar biasa, kami bersedia mempertimbangkan tahap insentif yang lebih tinggi dan akan disesuaikan tepat dengan tahap teknologi yang ditawarkan kepada negara ini,” katanya semasa sesi webinar dengan Jawatankuasa Sektor Automotif EUROCHAM Malaysia mengenai “Permulaan Baharu untuk EV Di Malaysia” pada minggu ini.

MYKAR

Sekiranya terdapat pengeluar peralatan asli (OEM) yang berhasrat untuk memebuat satu pelaburan teknologi EV yang besar di Malaysia, Madani mengatakan mereka akan ditawarkan polisi insentif yang tetap, sama dengan pemain industri lain di samping insentif khas yang bakal mereka nikmati.


“Dari segi insentif cukai (untuk pembeli), polisi akhir pemilikan EV sedang diperhalusi dan kami sedang menilai untuk mempelbagaikan lagi insentif berkaitan agar pengguna dapat menikmati faedah yang setimpal atas pembelian EV itu nanti.” katanya lagi.

Pengguna EV dijangkakan akan menikmati faedah insentif dalam bentuk cukai jalan khas, keutamaan parker untuk EV, pemasangan stesen pengecaj dan juga potongan harga untuk tol.

Model semasa EV dan Kenderaan Hibrid

Madani juga berharap polisi ini akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet menjelang bulan Jun 2021 untuk persetujuan agar pengumuman rasmi dapat dilakukan pada bulan berikutnya. Belaiu juga juga berharap polisi baharu EV ini akan meliputi kenderaan penumpaang, skuter, motosikal serta kenderaan perdagangan. Ia juga dilihat akan dapat memberi kelebihan pada pihak pembekal OEM, syarikat automotif yang menghasilkan EV serta syarikat e-hailing serta penghantaran yang menggunakan EV seperti SoCar dan Grab.

Dasar baharu EV yang bakal diperkenalkan ini akan menarik lebih ramai pengguna EV sama ada persendirian, sektor awam mahupun syarikat swasta. Ia juga dirangka supaya dapat menarik lebih banyak pelaburan baharu di Malaysia dalam meningkatkan ekosistem pembangunan industri berkaitan kenderaan berkuasa elektrik di negara ini. – SM

Kredit : TheEdgeMarket.Com

Model-model EV Tesla
(Visited 152 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button