Teknologi

YouTube sembunyi jumlah dislike, elak buli siber

LAMAN video popular, YouTube mengumumkan akan menyembunyikan jumlah dislike video yang dimuat naik di platformnya mulai Rabu lalu.

Pada awal tahun, YouTube telah menguji reka bentuk baru dengan menyembunyikan jumlah dislike.

Menurut syarikat tersebut, perubahan tersebut dilakukan untuk memastikan pencipta kandungan tidak menjadi sasaran serangan dislike yang boleh dikaitkan dengan gangguan buli siber.

Tindakan itu turut dilakukan untuk mempromosikan interaksi positif yang bersifat saling menghormati antara penonton dengan pencipta kandungan.

Butang dislike masih ada tetapi jumlahnya tidak ditunjukkan kepada umum dan hanya untuk maklum balas peribadi.


Perubahan tersebut dilakukan setelah Youtube meneliti kandungan di platform tersebut dan terdapat aduan daripada pencipta kandungan.

Pencipta kandungkan menyatakan jumlah dislike yang tinggi telah menjejaskan kesihatan mental mereka.

Oleh itu, YouTube bertanggungjawab untuk melindungi pencipta kandungan terutamanya pencipta baharu daripada gangguan atau serangan berbaur kebencian. -SM

(Visited 15 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button