Politik

Exco Selangor jangan guna kenderaan rasmi untuk politik

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan semua exco negeri tidak menggunakan kenderaan rasmi mereka ketika menghadiri program politik.

Beliau berkata, ini susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuat kuasa hari ini.

Beliau juga memaklumkan semua kenderaan rasmi kerajaan negeri akan diserah sehari sebelum hari penamaan calon.

“Kita akan mula hentikan penggunaan kenderaan rasmi sehari sebelum hari penamaan calon.

“Ini kerana sebaik pembubaran DUN hari ini, masih ada program rasmi yang perlu dihadiri exco termasuk mesyuarat tertentu,” katanya kepada media.

Kata Menteri Besar itu lagi, beliau telah mengeluarkan arahan supaya exco tidak membawa kenderaan rasmi mereka, walaupun tidak salah, ketika program politik sepanjang sebelum hari penamaan.

“Jadi kalau boleh, mereka kena elak untuk menggunakan kenderaan itu kerana ia tidak membawa imej yang baik dan bagi menjamin tatakelola yang betul,” katanya.

Terdahulu, Amirudin menghadiri majlis perhimpunan bulanan Menteri Besar bersama penjawat awam dan pemimpin masyarakat negeri, di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah.

Pada majlis sama, Amirudin turut menyaksikan penyerahan watikah pembubaran DUN oleh Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor Shafie Taib.

Penyerahan notis dibuat selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN pada Isnin lepas, sekali gus membuka jalan kepada PRN diadakan.

Selangor antara enam negeri akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – FMT – SM

BACA PRN: Menteri Besar Selangor jangan kelirukan pengundi

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button