Politik
Trending

UMNO gugur saman terhadap sembilan bekas ahli

UMNO mencapai persepakatan lebih erat dengan Perikatan Nasional (PN) apabila menggugurkan tindakan saman terhadap sembilan ahlinya.

Pengguguran itu dibuat memandangkan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini berada di bawah satu naungan.

Sebelum ini tindakan kehakiman itu dikenakan ke atas ahlinya yang berpaling tadah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila menyertai Bersatu.

Tindakan mereka menyertai Bersatu selepas UMNO hilang kuasa akibat kalah dalam pilihan raya pada 2018 selepas lebih 60 tahun menjadi kerajaan.

“Kita sekarang adalah dibawah satu persepakatan (PN). Jadi saya mengarahkan peguam supaya menggugurkan saman berkenaan.”

BACA > Ahli Parlimen DAP, Tony Pua tidak puas hati — Suara Merdeka

Demikian kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi seperti dipetik portal Free Malaysia Today (FMT) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, UMNO mengambil tindakan saman terhadap sembilan wakil rakyatnya yang lompat parti dengan nilai RM200,000 setiap seorang sebagai ganti rugi.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Mereka adalah, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut).

Selain itu, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh, Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Shahbuddin Yahaya (Tasik Gelugor).

Turut disaman adalah, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

BACA > Henti tuduh PH lelong aset TH – Mujahid — Suara Merdeka

Tidak terkecuali adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang juga Ahli Parlimen Mersing disaman.

Abdul Latiff sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan mendakwa UMNO Sabah tidak laku, namun beliau kemudian meminta maaf.

Bagaimanapun, mereka semua menyertai kumpulan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas parti itu umum keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Sebelum ini, Suara Merdeka melaporkan seramai 17 Ahli Parlimen daripada UMNO keluar parti dan sebahagiannya mengisytihar bebas sebelum menyertai Bersatu.

Dalam laporan sama juga Ahmad Zahid menegaskan, kerusi yang dimenangi mereka atas tiket UMNO kekal milik parti itu.

Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana strategi pembahagian kerusi bagi PRU akan datang.

Ia susulan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan mereka telah berbincangn dengan Bersatu mengenai pembahagian kerusi.

BACA > Tabung Haji: Jawapan PM buktikan kegagalan Kerajaan PH — Suara Merdeka

Walau bagaimanapun, karier politik kesemua bekas wakil rakyat UMNO itu mungkin tidak menentu jika UMNO bertegas mahu bertanding di kerusi yang dimenanginya sebelum ini. – SM

(Visited 653 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button