Politik
Trending

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua tidak puas hati

AHLI Parlimen Damansara, Tony Pua menzahirkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan sidang Dewan Rakyat hari ini terburuk dalam sejarah.

Beliau menzahirkan rasa sedemikian berikutan beberapa insiden yang tidak memuaskan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) berlaku dalam sidang hari ini.

Ia termasuklah tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun yang menghalau Ahli Parlimen Shah Alam apabila pertama kali mempengerusikan sidang.

“Saya keluar (Dewan Rakyat) sebagai tanda solidariti kepada rakan seperjuangan MP Shah Alam.

“Hari ini merupakan hari yang paling memalukan yang pernah saya saksikan dalam sejarah Parlimen.

BACA > Tersingkirnya Mohamad Ariff buka tembelang pembangkang — Suara Merdeka

“Dan ya, ia lebih buruk daripada era pentadbiran Najib.”

Demikian kenyataan Ahli Parlimen daripada DAP dalam sidang akhbar sebaik sahaja keluar daripada Dewan Rakyat lapor portal Roketkini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad diarahkan keluar dewan apabila berterusan mengganggu ucapan sulung Azhar.

Ahli Parlimen pembangkang itu dilaporkan berbuat demikian apabila tidak bersetuju dengan pelantikan Azhar sebagai Yang Dipertua.

Dalam pada itu menurut Tony lagi, isu usul penyingkiran bekas Yang Dipertua, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof memperlihatkan kebebasan institusi Parlimen telah dicabuli oleh kuasa eksekutif.

Katanya, speaker Dewan Rakyat disingkirkan tanpa sebab.

BACA > Azalina wanita pertama pegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat — Suara Merdeka

Seolah-olah ia sebahagian daripada kuasa eksekutif sedangkan Parlimen memainkan peranan yang bebas dalam sistem demokrasi.

“Saya menjadi ahli Parlimen semasa zaman Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan.

“Keadaan waktu itu teruk. Tapi apa yang berlaku hari ini malah lebih teruk lagi. Timbalan speaker dijadikan alat eksekutif.

“Dia sendiri tidak mampu membuat keputusan yang wajar dan terpaksa bergantung kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab bagi pihaknya,” ujarnya.

Menurutnya Tony lagi, notis pelantikan Yang Dipertua sepatutnya diberi dalam tempoh 14 hari apabila jawatan itu dikosongkan.

Justeru, dakwanya pelantikan Yang Dipertua baharu itu tidak mengikut kebiasaan parlimen.

Bagaimanapun, penjelasan sudahpun diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung usul daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA > ‘Gelap’ gamatkan sidang Dewan Rakyat — Suara Merdeka

Terdahulu, Mohamad Ariff dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas PH membentuk kerajaan apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). – SM

(Visited 732 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button