Politik

Tersingkirnya Mohamad Ariff buka tembelang pembangkang

KEJAYAAN pihak kerajaan meluluskan usul supaya Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini mendedahkan tembelang Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan sebelum ini mengaku mereka telah mempunyai sokongan yang kuat daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih semula Kerajaan Persekutuan.

“Kekalahan puak pembangkang membuka tembelang mereka yang selama ini mengaku mereka telah mempunyai cukup bilangan untuk membentuk kerajaan.

“109 Ahli Parlimen menyokong masih tidak mencukupi untuk bentuk kerajaan kerana untuk bentuk kerajaan perlukan 112,” kata Ismail Sabri.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul supaya Mohamad Ariff  mengosongkan kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas undian belah bahagian dilakukan dengan 111 Ahli Parlimen menyokong manakala 109 menolak.

Ia diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Menurut Ismail Sabri, pihak kerajaan sepatutnya mendapat 113 undi namun malangnya seorang ahli Parlimen Perikatan Nasional tidak hadir kerana sedang dirawat di hospital.

Manakala seorang lagi ahli Parlimen kerajaan tidak mengundi kerana mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat.

Pakatan Harapan sebelum ini membayangkan mereka mempunyai cukup sokongan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk semula kerajaan.

Malah Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

Usul tersebut tersenarai dalam giliran ke-27 Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul (AUM DR 13/7/2020).

Memetik AUM tersebut, Dr Mahathir akan mengemukakan usul tersebut menerusi Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat,” memetik usul tersebut.-SM

 

 

 

 

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button