Nasional

Enam gajah berkeliaran dalam ladang kelapa sawit ditangkap

PENDUDUK di Kampung Doja, Jerantut boleh hidup tenang apabila enam ekor gajah yang berkeliaran dalam ladang kelapa sawit telah ditangkap.

Gajah berusia antara lapan hingga 30 tahun itu telah ditangkap oleh Kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang.

Mereka berjaya memintas enam gajah terbabit dalam satu operasi dalam kawasan Hutan Simpan Tekam, di sini.

Menurut Ketua PKGK Kuala Gandah Lanchang, Muhammad Khairul Adha Mat Amin, ia bagi memastikan haiwan liar itu tidak memusnahkan pokok kelapa sawit atau kebun penduduk di kawasan berkenaan.

Operasi penangkapan itu disertai 25 kakitangan PKGK Kuala Gandah Lanchang, Unit Tangkapan Gajah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang selain tiga gajah denak Abot, Rambai dan Alam.

Enam gajah liar itu akan dipindahkan secara berperingkat dalam masa lima hari dengan dua ekor haiwan terbabit sudah dipindahkan dan dilepaskan ke Kompleks Taman Negara, Jerantut.

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button