Luar Negara

Elang Hitam drone canggih buatan Indonesia, boleh terbang 30 jam

KETIKA Malaysia kecoh dengan projek kereta terbang yang kemudiannya bertukar kepada super drone, negara tetangga Indonesia diam-diam berjaya membina drone yang diberi nama Elang Hitam.

Elang Hitam buatan  syarikat PT Dirgantara Indonesia akan diuji pada awal 2020 merupakan jenis ketinggian sederhana akan dikendalikan oleh tentera udara Indonesia.

Pesawat tanpa awak Elang Hitam direka secanggih mungkin bagi membuat pengawasan dari udara pada ketinggian 20,000 kaki dengan kelajuan 235 kmjam dan mampu terbang selama 30 jam.

Drone yang panjang 8.3 meter mempunyai sayap sepanjang 16 meter.

(Visited 298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button