fbpx
Nasional

Kereta terbang jadi bahan lawak

LANGKAH kerajaan untuk mengeluarkan kereta terbang sememangnya satu usaha yang melambangkan semangat tinggi dan progresif.

Namun,  matlamat tidak harus menghalalkan cara. Mengakui hasil usaha orang lain sebagai kejayaan sendiri bukanlah sifat yang terpuji.

Kesannya sangat besar. Selain malu, cita-cita kejayaan seperti ini mungkin juga akan terbantut begitu sahaja. Ini kerana kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan akan menurun.

Bukan itu sahaja, situasi ini juga pastinya membuka ruang yang besar kepada pihak pembangkang untuk terus mengkritik kerajaan.

Berikut sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran dalam  Facebook beliau terhadap Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof:


Mula-mula menteri PH dengan bangganya umum dia akan naik kereta terbang pertama nasional pada hari Khamis (hari ini).

Dia ajak ahli-ahli Parlimen untuk menyaksikan ujian yang amat bersejarah ini.

Lepas itu, seorang lagi menteri PH kata ia bukan kereta terbang tetapi dron.

Lalu, tular pula bahawa kapal terbang (atau dron) itu sebenarnya hasil negara China.

Petang tadi (semalam), menteri terpaksa mengaku ia keluaran negara China bukan kereta terbang nasional.

Menteri juga tegas bahawa suka hatilah siapa nak panggil kereta terbang itu sebagai dron atau kereta terbang tetapi ia tetap aero mobility.

Menteri kata dia tetap akan naik kereta terbang atau dron atau aero mobility itu esok  (hari ini) dan tetap mengajak ahli-ahli Parlimen untuk saksikan.

Dan berita terbaharu…

Malangnya, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah melarang ujian kereta terbang atau dron atau aero mobility yang dijadualkan esok (hari ini).

CAAM kata lulusan untuk ujian kereta terbang atau dron atau aero mobility itu hanya laku di Guandung, China sahaja. -SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button