Luar Negara

Covid-19: Korban di Amerika lepasi 250,000 orang

KES kematian akibat pandemik Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini melepasi 250,029 orang semalam dengan jumlah kes mencecah 11.4 juta.

New York melaporkan, 34,173 kematian kekal sebagai negeri paling banyak mencatatkan angka korban.

Ini diikuti Texas 20,147 manakala California, Florida dan New Jersey masing-masing mengesahkan lebih 16,000 kematian.

Di Illinois, Massachusetts, Pennsylvania dan Georgia pula virus maut itu sudah meragut lebih 9,000 nyawa.

AS kekal sebagai negara paling teruk diancam wabak Covid-19 dengan angka korban dan kes paling tinggi di dunia, menyumbang lebih 18% jumlah kematian global.

Sebuah institut kesihatan di Universiti Washington meramalkan seramai 438,941 rakyat Amerika mungkin maut akibat Covid-19 menjelang 1 Mac 2021.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio memutuskan untuk menutup sekolah kerajaan apabila bandar raya itu mencecah 3% kadar kes positif dalam tempoh empat hari.

Pakar turut memberi amaran perjumpaan keluarga semasa percutian sempena perayaan Thanksgiving boleh menyebabkan gelombang baru jangkitan. – SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button