Politik

Mengapa pembangkang bantah darurat?

Wakil rakyat Pakatan Harapan (PN) membantah perisytiharan darurat di seluruh negara dengan menyifatkannya sebagai tidak perlu memandangkan undang-undang sedia ada sudah cukup untuk menangani wabak Covid-19.

Tidak lama selepas hal itu didedahkan, pemimpin pembangkang mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menggunakan darurat untuk menggantung parlimen dan mengelakkan pilihan raya.

Langkah berkenaan diambil di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19 dan tekanan politik yang dihadapi perdana menteri dari luar dan dalam.

Di laman Twitter, bekas menteri kesihatan dan Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata, perisytiharan darurat tidak perlu untuk mengatasi wabak tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat (DAP), M Kulasegaran berkata di negara-negara yang mencatatkan kes Covid-19 yang jauh lebih tinggi tidak memerlukan mereka mengisytiharkan darurat.

Anggota Parlimen Bakri DAP, Yeo Bee Yin pula berkata, penggunaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sudah cukup untuk mengawal wabak tersebut.

Yeo juga mempersoalkan apakah perdana menteri menggunakan darurat untuk terus kekal berkuasa.

SURCAJ TNB
YEO BEE YIN

Senator DAP Liew Chin Tong pula mengingatkan kerajaan untuk tidak ‘menggunakan jalan pintas’ dalam demokrasi kerana ini akan memberi kesan negatif kepada negara.

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button