KebakaranNasional

Seorang parah, 2 cedera letupan gas nitrogen di Shah Alam

SEORANG parah manakala dua lagi cedera dalam letupan gas nitrogen di sebuah kilang dekat Kota Kemuning, Shah Alam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, letupan gas nitrogen berlaku ketika ujian tekanan dilakukan pekerja kilang terbabit.

Katanya, seorang mangsa dilaporkan kritikal, manakala dua lagi cedera ringan.

Beliau berkata, 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 10.14 pagi tadi.

“Anggota Unit Khas Hazardous Material (Hazmat) melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya di lokasi,” katanya menurut Sinar Harian sambil menambah pemeriksaan awal mendapati letupan tidak membabitkan struktur bangunan. – SM

BACA Letupan Besar Salurab Paip Gas Di Nasr City, Tiada Rakyat Malaysia Terkesan!

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button