fbpx
Nasional

Dua mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian kebakaran

TINDAKAN pantas bomba berjaya menyelamatkan dua orang mangsa yang terperangkap dalam kejadian kebakaran di Medan Niaga Tasik Damai, Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan kebakaran melibatkan sebuah bangunan rumah kedai kira-kira pukul 10.03 pagi tadi.

Komander Operasi Kanan, Khairul Azwan Ibrahim berkata, sebanyak 44 anggota bersama beberapa jentara dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Seputeh, Bukit Jalil dan Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera dilokasi kejadian mendapat kebakaran melibatkan bahagian belakang sebuah bangunan kedai di tingkat.


“Dua orang mangsa yang terperangkap telah berjaya dikeluarkan manakala empat lagi berjaya keluar dengan sendiri,” katanya.

BACA> Judi haram Sungai Buloh: SPRM sudah hubungi PDRM

Menurutya, mangsa yang diselamatkan telah mendapat rawatan awal daripada bomba sebelum
dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Besi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambahnya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 11.33 pagi dan punca kejadian masih disiasat. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button