Belang Bertempat

Dua kemaluan besar negara

Negara menyaksikan dua kemaluan besar semalam.

Pertama bekas banduan yang dihumban ke penjara kerana salah guna kuasa dan perlakuan songsang, berdebat dengan seorang bakal banduan yang sudah didapati bersalah dan dalam proses rayuan di mahkamah.

Anwar Ibrahim bekas timbalan perdana menteri menubuhkan parti PKR selepas dipecat dari UMNO dan kerajaan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kononnya Anwar pencetus reformasi di negara ini tetapi gagal menumbangkan kerajaan Mahathir sebagaimana tumbangnya Suharto di Indonesia pada tahun 1998.

Pejuangan Anwar yang antirasuah, kronisme dan kapitalisme mendapat sokongan rakyat. Tetapi Anwar tersandung dengan beberapa pertuduhan seks luar tabii. Pertama kali beliau ke jeriji besi kerana mengarahkan siasatan kes seks luar tabiinya dihentikan. Dan iikuti pertuduhan salah laku seksual itu sendiri.

Anwar kembali ke dunia politik apabila Pakatan Harapan menang pada pilihan raya 2018 selepas mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Selepas itu giliran Najib Razak pula berdepan dengan pelbagai tuduhan jenayah yang kebanyakan berkaitan kes 1MDB.

Najib ialah anak kepada Tun Razak, pemimpin ulung negara yang membina asas kepada pembangunan luar bandar secara besar-besaran apabila memulakan program Felda.

Najib seorang pemimpin muda yang sangat cemerlang dan menjadi menteri besar Pahang pada usia 29 tahun.

Selepas itu semua kementerian disandangnya menjadi cemerlang dan banyak perubahan dilakukan.

Berbeza Najib dengan Anwar, beliau lebih percaya kepada transformasi negara berpendapatan tinggi.

Najib tidak takut melaksanakan projek-projek mega yang mengubah landskap negara.

Najib sinonim dengan Cash is King menggunakan segala aset dan dana negara untuk memacu transformasi negara.

Namun dek kerana kecuaian beliau juga tersandung dengan tuduhan penggubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Najib menggerakkan slogan Malu Apa Bosku yang menarik sokongan rakyat.

Debat semalam lebih kepada kedua-dua mereka cuba membersihkan nama masing-masing dan pada masa yang sama menyalahkan Mahathir. Perkara itu dari awal sudah dijangka.

Ketika penyokong reformasi dan bosku terkinja-kinja dek kagum kehebatan pemimpin masing-masing, negara berhadapan dengan satu lagi kemaluan besar.

Malaysia tersingkir dari Piala Thomas selepas tewas kepada India. BAM harus memberi penjelasan dan menjawab kemaluan ini.

Tak pernah hayat Malaysia tumbang sedemikian dan kini ia telah terjadi.

 

 

(Visited 2,894 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button