fbpx
Jenayah

Dua jam baru sedar anak hilang

PASANGAN ibu bapa warganegara Thailand disiasat polis kerana cuai dalam menjaga anak mereka yang berusia 5 tahun yang ditemukan berjalan seorang diri di tepi jalan Taman Prima Saujana, Kajang.

Mereka disiasat atas kesalahan kecuaian dan pengabaian kanak-kanak di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kanak-kanak itu ditemukan seorang wanita warganegara Indonesia sebelum dihantar ke balai polis.

“Kita menerima kanak-kanak itu kira-kira pukul 5.41 petang dan sepasukan polis telah digerakkan untuk mengesan ibu bapanya.

“Selepas dua jam barulah ibu bapa kanak-kanak itu yang bekerja di sebuah restoran di Kajang tampil ke balai polis selepas menyedari kehilangan anak mereka,” katanya dalam satu kenyataan.


Mohd. Zaid turut mengingatkan orang ramai supaya tidak cuai dalam menjaga kanak-kanak kerana itu adalah kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button