Jenayah

Pesara swasta didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1.7 juta

Seorang pesara swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen, di atas 12 pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram hampir RM1.7 juta.

Bagi semua pertuduhan, K. Suranderan, 60, didakwa melupuskan wang RM1, 685, 543.27 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram ke akaun beberapa bank milik empat syarikat, tiga individu serta tertuduh sendiri, termasuk akaun kad kreadit antara RM11,398 dan RM516,480.

Suranderan didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di OCBC Bank (Malaysia) Bhd, cawangan Klang antara 14 Nov 2019 dan 29 Mac 2021.

Pertuduhan dikemukakan di bawah perenggan 4 (1)(b) Akta Pencegah Pengubahan Wang Haram, Pencegah Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau 5 juta mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwa dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Zalizan Lazarous manakala tertuduh diwakili peguam K. Renuka dan V. Ayasamy.

Hakim Helena Sulaiman menetapkan wang jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan passport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri setiap sebulan sekali di balai polis terdekat serta 19 Ogos untuk sebutan semula kes.

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button