fbpx
Nasional

Dr. Noor Hisham sahkan ziarah raya punca Covid-19 meningkat

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor HIsham Abdullah mengesahkan peningkatan kes Covid-19 melibatkan Kluster Sivagangga dan Kluster Kurau disebabkan oleh aktiviti kunjung-mengunjung semasa musim perayaan Hari Raya Aidiladha.

Menurutnya, kedua-dua kluster didapati mencatat pertambahan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas musim perayaan.

“Siasatan yang telah dijalankan melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif dan juga saringan ke atas kontak rapat kes, mendapati bahawa penularan jangkitan COVID-19 dalam kedua-dua kluster ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh aktiviti kunjung-mengunjung semasa musim perayaan.

“Kebanyakan kes positif kedua-dua kluster ini adalah terdiri daripada ahli keluarga. Golongan warga emas dan juga kanak-kanak turut termasuk dalam kes-kes positif dalam kluster ini, iaitu dalam lingkungan umur 2 hingga 70 tahun. Aktiviti kunjung-mengunjung walaupun kini dibenarkan namun masih tertakluk kepada SOP,” tegas Dr. Noor Hisham.

Sebanyak tiga lagi kes positif telah dikesan dalam Kluster Kurau semalam. Ketiga-tiga kes positif ini telah dikenalpasti hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster ini.

Sementara itu, sehingga pukul 12:00 tengah hari, terdapat 11 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,094 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 166 kes.

Lima kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan semua warganegara Malaysia.

Daripada enam  kes penularan di dalam negara, lima kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu  kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan di tempat kerja di negeri Selangor. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!