NasionalNegeri

Hari Wanita 2021: Selangor miliki 16 ketua kampung wanita

SELANGOR kini memiliki 16 ketua kampung yang terdiri daripada golongan wanita selepas melaksanakan dasar pelantikan jawatankuasa komuniti itu tanpa mengira jantina.

Pencapaian itu disifatkan sebagai wajar dicontohi kerana mengangkat golongan itu untuk memainkan peranan penting dalam komuniti setempat.

Malah, pencapaian itu turut disifatkan memecah tradisi bagi pemimpin-pemimpin peringkat masyarakat yang lazimnya dipelopori oleh kaum lelaki.

Antara kawasan di Selangor yang sudahpun mempunyai ketua kampung wanita seperti, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Langat.

“Ini walaupun kita berada dalam Sambutan Hari Wanita 2021 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, saya rasa begitu berbangga untuk mengumumkan apa yang telahpun kami capai di peringkat Negeri Selangor.

“Semenjak saya memegang portfolio luar bandar dalam penggal yang lepas, kita telahpun mengubah garis panduan untuk pelantikan ketua kampung.

Kalau dahulu, hanya menyatakan lelaki sahaja yang layak, tetapi kita kata kesesuaian dengan Selangor yang begitu kehadapan dalam mendepani isu-isu berkaitan lelaki atau wanita.

Kita telahpun tidak meletakkan jantina itu sebagai salah satu syarat.

Jadi, Alhamdulillah pada penggal lepas kita ada lima wanita sahaja, tetapi kali ini telahpun mencecah 16 orang wanita.

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail, malam tadi selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Wanita 2021 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan serta Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Paya Jaras, Sarimah Lisut.

Dalam majlis tersebut, Dr. Wan Azizah turut melancarkan penubuhan Briged Wanita peringkat DUN Paya Jaras yang bertujuan untuk melibatkan belia wanita dalam aktiviti kemasyarakatan.

Dalam pada itu, Dr. Wan Azizah yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan dalam ucapan perasmiannya mengingatkan pengiktirafan paling penting kepada wanita adalah tanggungjawab tidak didendangkan.

Katanya, peranan atau titik peluh wanita yang tidak pernah didendangkan itu adalah lebih penting untuk diiktiraf oleh semua orang.

“Apa itu tanggungjawab yang tidak didendangkan? Iaitu peranan wanita yang bekerjaya dalam masa sama juga menguruskan rumah tangga.

“Apabila mereka penat berhadapan dengan kerja dan bos, apabila mereka pulang ke rumah tetap melayan suami, anak-anak dan keluarga.

“Apakah pengiktirafan yang wanita mahukan adalah kasih sayang sebagai pengiktirafan kepada usahanya yang tidak didendang,” ujar bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu. – SM

(Visited 612 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button