NasionalNegeri

DUN Paya Jaras tubuh Briged Wanita

PERANAN wanita dalam masyarakat kini semakin dipandang signifikan terutama di kawasan-kawasan komuniti untuk menghidukan aktiviti kemasyarakatan.

Malah, jumlah mereka yang mencecah separuh daripada populasi dalam sesebuah kawasan juga dilihat perlu disisipkan dengan keperluan kepada program bukan sahaja bersifat ekonomik.

Bahkan, aktiviti sosial juga khususnya kepada golongan belia juga penting untuk memastikan keterlibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan.

Memandangkan melihat kepada kepentingan mereka dalam masyarakat, Briged Wanita peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras ditubuhkan.

Penubuhannya itu, menyasarkan penyertaan daripada separuh golongan belia dalam kawasan DUN berkenaan yang terdiri daripada kaum wanita.

“Jadi sasaran kita, sempena sambutan Hari Wanita adalah mereka ini terlibat lebih aktif dalam organisasi ataupun dalam program-program yang ekonomik di dalam masyarakat itu sendiri.

“Briged wanita fokus kepada belia wanita, sementara Pusat Wanita Berdaya (PWB) fokus kepada 40 tahun ke atas, Briged Wanita Paya Jaras akan fokus kepada belia wanita.

“Jadi program kita lebih bersifat belia seperti sukan dan pendekatan seumpamanya.

“Saya difahamkan, ditempat lain juga ada platform wanita, cuma di sini (Paya Jaras) kita panggil sebagai Briged Wanita.

“Sasaran keahlian, kita harapkan dapat dalam 2,500 orang pun sudah cukup ramai untuk Paya Jaras.

“Pengundi muda kita 15,000, setengah daripada itu 7,000 adalah wanita, kalau ada (keahlian) 1,000 atau 1,500 pun sudah ramai maknanya berdasarkan, kampung-kampung yang ada dalam kawasan ini.

“Yang paling penting sekali Briged Wanita ini mendekati belia wanita dalam masyarakat itu.”

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman kepada media malam tadi selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Wanita 2021 peringkat DUN Paya Jaras.

Sambutan itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang turut melancarkan penubuhan Briged Wanita peringkat kawasan berkenaan.

Tambah beliau, Paya Jaras kini sudahpun memiliki pusat untuk kegiatan wanita yang dipanggil sebaga Pusat Wanita Berdaya (PWB) namun mempunyai fokus yang berbeza.

“Iaitu menganjurkan program kemasyarakatan kepada wanita ataupun yang berbentuk kesukanan dalam kalangan mereka.

“Jadi, pokoknya belia wanita bergerak dalam program-program aktif sementara PWB pula lebih kepada program lebih ekonomik melibatkan kaum ibu-ibu.

“Kita baru lancar, keahlian setakat ini baharu mencecah sekitar 250 orang,” ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan.

Majlis Sambutan Hari Wanita 2021 yang dianjurkan di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail dan Penyelia PWB DUN Paya Jaras, Sarimah Lisut. – SM

(Visited 373 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button