Nasional

Menteri ‘hidupkan’ semula lesen memandu Arumugam

SEORANG pemandu lori yang lesennya telah digantung kerana mempunyai saman yang banyak kerana membawa barangan lebih muatan telah dikeluarkan dari senarai hitam.

Malah pemandu tersebut S. Arumugam telah menerima semula lesen yang diperbaharui untuk tempoh selama lima tahun daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong semalam.

Ka Siong bertemu dengan pemandu itu selepas video Arumugam merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak menyenaraihitamkan lesen beliau.

“Dalam pertemuan semalam, En. Arumugam yang berasal dari Ipoh ini menyatakan beliau memiliki banyak saman kerana membawa lori lebih muatan yang bukan atas kehendaknya tetapi atas permintaan majikan atau syarikat pengangkutan.

“Saya terkilan apabila mendapati banyak saman dikeluarkan oleh JPJ dan polis kerana beliau “tidak mempunyai lesen memandu kompeten (CDL), lesen memandu kenderaan barangan (GDL) dan lesen vokasional”.

“Saya berasa pelik. Mana mungkin En. Arumugam tidak mempunyai lesen memandu? Namun akhirnya terjawab! Walaupun sebagai pemandu lori, semua saman berkaitan lebih muatan terpaksa ditanggung sendiri oleh En. Arumugam, bukannya syarikat tempat beliau bekerja,” kata Ka Siong.

Lesen Arumugam telah disenari hitamkan oleh Jabatan Pengakutan Jalan kerana terlalu kerap menerima saman berkaitan membawa lebih muatan.

Akibatnya, beliau tidak dapat memperbaharui lesen memandu CDL dan GDL sejak tahun 2017.

“Namun, beliau tetap juga meneruskan kerja dan dikenakan saman lagi – bawa lori lebih muatan dan tiada lesen kerana mahu menyara hidup sekeluarga.

“Katanya, beliau tiada pilihan untuk membawa lori yang mengangkut muatan mengikut peraturan sebagaimana ditetapkan. Jika enggan membawa lori tersebut, majikannya akan menggunakan khidmat pemandu lain.

“Demi mencari sesuap nasi menyara 4 anaknya berusia 9-18 tahun yang masih bersekolah, En. Arumugam yang telah kehilangan isteri kerana meninggal dunia akibat daripada penyakit kanser pada tahun 2016 ini terpaksa melanggar peraturan JPJ – tidak memiliki lesen sah dan membawa lori lebih muatan,” kata Ka Siong.

Ka Siong mengambil keputusan untuk membantu Arumugum berkaitan dengan saman yang dikeluarkan oleh JPJ
Selepas mendengar luahan selama lebih dan meneliti permasalahan yang dihadapi oleh Arumugam.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat Azlan Al Bakry dan pegawai JPJ Ong See Tang.

Sebagai langkah ke hadapan, Ka Siong meminta JPJ dan APAD mengkaji semula tindakan saman terhadap pemandu yang membawa lebih muatan dan bukannya majikan yang dipersalahkan.

Katanya, tindakan menyaman pemandu lori membawa kesan buruk apabila saman tidak dapat dijelaskan oleh mereka dan disenaraihitamkan oleh JPJ.

“Ini yang menyebabkan penindasan majikan atau syarikat terhadap para pemandu lori yang “kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang” seperti En. Arumugam, seorang duda yang menyara hidup 4 orang anak dan bapa mertuanya yang kini diserang stroke.

“Malah, sebelum ini En. Arumugam terpaksa meminjam RM5000 daripada ceti haram semata-mata mahu menjelaskan kompaun / saman demi meneruskan hidup. Sudah tentu ini sesuatu yang amat menyedihkan. Sedangkan peranan pemandu lori ini amatlah besar serta penting kepada industri pengangkutan dan negara.

“En. Arumugam datang ke pejabat saya menceritakan kisahnya dengan linangan air mata, beliau pulang dengan senyuman lebar apabila saya menyerahkan lesen memandunya yang telah diperbaharui untuk tempoh 5 tahun,” katanya.-SM

 

 

 

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button